Wednesday, May 23, 2012

KELEBIHAN-KELEBIHAN MEROKOK


Hayati lah wahai PEROKOK-PEROKOK :

1. Menjadikan perokok seorang yang penyabar
Walaupun batuk-batuk dan tersedak sampai jantung rasa macam mau tercabut, tetapi si perokok tetap akan bersabar dengan keadaannya dan meneruskan aktiviti merokok seperti biasa.

2. Tidak membazir duit
Duit yang dimiliki oleh perokok tidak akan terbazir begitu saja akibat dicuri pencuri kerana banyak daripada duit tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan membeli rokok.

3. Mengawal populasi penduduk dunia
Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak dengan mati awalnya golongan-golongan perokok.

4. Sikap peramah terbit dalam diri
Perokok sering merokok di kawasan-kawasan awam dan mereka selalu bersikap peramah dengan memberikan asap rokok percuma kepada semua orang walau pun tidak pernah kenal.

5. Jimat kos ubat nyamuk
Asap rokok yang dihembuskan boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan ubat nyamuk.

6. Menambah pendapatan para doktor
Setiap hari pesakit yang disebabkan oleh rokok menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

7. Membawa orang sekeliling merasai penderitaan
Keluarga dan rakan-rakan si perokok dapat merasai penderitaan si perokok melalui asap rokok yang merosakkan kesihatan mereka semua.

8. Tidak perlu menghidu bau-bauan di jamban
Dengan menghisap rokok, perokok tidak akan terhidu bau tahi sebaliknya mereka hanya akan terhidu bau asap rokok dan ini akan memudahkan lagi kerja mereka.

#sumber telah d petik dan d kopi pes dr sorg teman yg telah memetik dan mkopi pes dr 'pusat sumber berdekatan' beliou....stk   ^__^   maju lah anda utk negara...

No comments:

Post a Comment