Thursday, May 31, 2012

Bilik ku Bubur ChaCha

Assalamualaikum...
Lama benor aku tak mengudate blog aku nih...harap maaf la...sebab lately nih aku benar2 kebizian...sebuk menghintung hari-hari bahagia untuk adik tersayang....  =)
Adik aku bakal kahwin tak lama lg....lagi lebih kurang 48jam jer lagi beliau akan bakal bergelar seorang isteri...huhuhu...aku plak yang nerbes...hehehehe...
Semalam aku dapat berita yang mengejutkan aku bahawa bilik aku sudah bertukar rupa...so kaler pool...wwwaaaa....adik aku kata ade kaler pink+merah+ purple pada dinding bilik aku...oh tidaakkk....bilik aku....bilik aku....bilikkk akuuuu....dah cam rupa bubur cha cha dah aku tgk...hohohohooh...  =,='
Yes...my room is bubur chacha...dgn penambahan bunga-bungaan daun-daunan serta kain-kain rentang yang merentangi katil pengantin...komplit kaler bubur chacha...hahahahah....sesampai jer kat rumah bonda dan ayahnda tadi...terus aku serbu ke bilik...tuk melihat rupa warna-warni nya bilik ku...
Dan akhirnya..."OHH TIDAAKKKKK......!!~"

 


*cantik gak katil pengantin dihias walaupun bilik ku dah bertukar warna...katil pengantin jer k yang cantik....bukan kaler bilik...ohohohohoh....


Walau pun jeritan aku sungguh-sungguh menyakitkan anak telinga yang mendengar...akhirnya bonda telah membuat keputusan untuk menghalau aku dan bakal pengantin dari bilik tido ku....sampa hati bonda menghalau kami...bonda mengarahkan agar kami berdua tido di bilik bonda dan ayahnda kerana ingin memberi laluan kepada abang dan kakak ipar ku yang bakal tiba tidak lama lagi...wwwaaaa....aku rindukan katil ku...aku rindukan ekon ku...terasa cam nak angkut jer katil dan ekon ku....takleh-takleh...!!  =,='

Sunday, May 27, 2012




"Manusia ialah satu proses yang berterusan yang memainkan peranan penting bagi melahirkan pengalaman."

Tidak ada kehidupan yang kuangankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita -cita.

Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupan...








kredit to : ZahirilAdzim

Wednesday, May 23, 2012

KELEBIHAN-KELEBIHAN MEROKOK


Hayati lah wahai PEROKOK-PEROKOK :

1. Menjadikan perokok seorang yang penyabar
Walaupun batuk-batuk dan tersedak sampai jantung rasa macam mau tercabut, tetapi si perokok tetap akan bersabar dengan keadaannya dan meneruskan aktiviti merokok seperti biasa.

2. Tidak membazir duit
Duit yang dimiliki oleh perokok tidak akan terbazir begitu saja akibat dicuri pencuri kerana banyak daripada duit tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan membeli rokok.

3. Mengawal populasi penduduk dunia
Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak dengan mati awalnya golongan-golongan perokok.

4. Sikap peramah terbit dalam diri
Perokok sering merokok di kawasan-kawasan awam dan mereka selalu bersikap peramah dengan memberikan asap rokok percuma kepada semua orang walau pun tidak pernah kenal.

5. Jimat kos ubat nyamuk
Asap rokok yang dihembuskan boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan ubat nyamuk.

6. Menambah pendapatan para doktor
Setiap hari pesakit yang disebabkan oleh rokok menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

7. Membawa orang sekeliling merasai penderitaan
Keluarga dan rakan-rakan si perokok dapat merasai penderitaan si perokok melalui asap rokok yang merosakkan kesihatan mereka semua.

8. Tidak perlu menghidu bau-bauan di jamban
Dengan menghisap rokok, perokok tidak akan terhidu bau tahi sebaliknya mereka hanya akan terhidu bau asap rokok dan ini akan memudahkan lagi kerja mereka.

#sumber telah d petik dan d kopi pes dr sorg teman yg telah memetik dan mkopi pes dr 'pusat sumber berdekatan' beliou....stk   ^__^   maju lah anda utk negara...

Sunday, May 20, 2012

KENAPA PEREMPUAN CEMBURU? MERAJUK? RISAU?


“KENAPA PEREMPUAN CEPAT MERAJUK??”
“KENAPA PEREMPUAN SELALU CEMBURU??”
“KENAPA PEREMPUAN SENTIASA RISAU AKAN SESUATU??”

Dan jawapan dari hati seorang insan bernama perempuan…

Kami MERAJUK pasti ada sesuatu yang menyentuh hati…kami CEMBURU bukan tidak bersebab…RISAU kami juga bersebab yang menyentuh nurani kami…fitrahnya ciptaan seorang perempuan…Allah ciptakan kami punyai hati yang terlalu halus…punyai 9 nafsu dan 1 akal…bukan kami tidak bisa berfikir dan kadang-kadang kami berfikir lebih rasional dari kaum adam…Cuma fitrah kejadian ini tidak dapat lari dari hati kami…mudah tersentuh…sekuat mana perempuan itu pada luarannya..namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bisa menggoncang dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dia biasa menakluk dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dialah yag memegang takhta pemerintahan…namun dia tetap perempuan…punyai kehalusan hati..emosi di sisi diri…namun rasional kami jua dari emosi…

Dicipta kami dari tulang rusuk kiri seorang insan bernama lelaki bukan untuk di sakiti…bukan untuk di lukai…namun hikmahnya ciptaan kami…dari situ la kami ingin dilindungi…dari sisi kirimu jua kami ingin dikasihi…dari sebelah kiri jua kami dicipta menjadi kekuatan buatmu kaum adam…kami jua sayap kiri buatmu pejuang-pejuang agama Allah…menjadi nadi mujahidah untukmu ISLAM…SubhanaAllah.




Saturday, May 19, 2012

TERIMA KASIH SYG....


dia hadir disaat ako telah lemah...
dia mendengar disaat ako mengadu...
dia memujuk disaat ako menangis...
dia berbicara disaat ako tersedu...
dia adalah ilham ku...hadir disaat ako benar-benar memerlu...
setia menunggu setiap tutur bicara ku...
mengusap air mata yang mengalir dimata ku...
meminjamkan bahu disaat ako perlu...
kau memberikan ako semangat yang baru...
disaat ako memerlukan seorang teman...kau setia berada di situ...
terima kasih syg...kau selalu ada disaat ako benar-benar memerlukan mu...




AMARAH SEORANG SAHABAT

aku telah berjaya membuatkan sahabat ku menunjukkan amarah beliou yang tersimpan selama nih pada aku...  =')   terima kasih sahabat...selama nih aku sedar bahawa kau banyak menyimpan perasaan amarah mu terhadap aku...tapi kau tak pernah luahkan...akhirnya malam nih...aku berjaya juga mencari titik kemarahan mu itu...maka terluah juga amarah mu...tak sangka sungguh  banyak yang kau telah simpan dan pendamkan dari ku...

tak terlintas di hati ku tuk menyakitkan hati mu sahabat....maaf ku pohon andai kata selama nih gurauan ku...kata-kata ku...layanan ku...tindakan ku telah banyak menyinggung hati dan perasaan mu...tak terniat tuk melakukan kau begitu...maaf...akan aku kawal cara dan tingkah laku ku agar kau tak terasa lagi dengan tindakkan ku yang diluar batasan...

terlalu banyak yang kau simpan...terlalu banyak yang kau telah pendamkan terhadap diri ku...aku tak terniat untuk buatkan kau terasa malah berkecil hati dengan ku...tak sangka akhirnya kau meluahkan juga apa yang selama ini kau pendam dan kau simpan...maaf kan aku kerana aku hanyalah seorang manusia yang tak sempurna...dan bukan sahabat yang terbaik untuk mu...maaf kan aku....

Insyaallah...aku akan cuba berubah untuk tidak lagi menyakiti hati mu dengan kata-kata dan tingkahlaku ku...malah hati sahabat-sahabat yang lain juga...
"berdiam adalah lebih baik daripada bersuara..."

terima kasih sahabat kerana sudi menjadi sahabat ku....dan aku harapkan bahawa kau akan menjadi sahabat  ku dunia akhirat...

aku merindukan persahabatan kita yang dulu
aku mengasihi sahabat ku yang ceria itu
maaf kan aku andai kau telah terluka oleh ku
walau pun aku hanya mampu tersenyum
tersenyum disaat aku terluka dengan kata-kata mu
tersenyum disaat aku terkilan dengan tindakan mu
tersenyum disaat aku terasa dengan gurau senda mu
tersenyum disaat aku sedih dengan apa yang berlaku pada ku
namun...
aku tak mampu memarahi orang yang aku sayang
yang aku mampu hanyalah SENYUM...  ^__^
walaupun hati ku terguris...
walaupun aku menangis...
walaupun aku terasa...
walaupun aku terluka...
aku tetap akan senyum dan merelakan ape pun yang berlaku
kerana aku sayangkan kamu
dan menganggap ianya adalah satu gurauan yang baru dari mu
aku akan tersenyum asalkan sahabat-sahabat ku bahagia dengan ape yang mereka lakukan pada ku...

kejam kah aku?



Thursday, May 17, 2012

bukan harapan, ia persoalan


Kadangkala, ada ruang - ruang kosong dalam hidup yang tak perlu kita selongkar. Biar ia tertutup rapat. Biar ia mampat dengan angin bergelimpangan di dalamnya. Tak tembus walau cuba dibocorkan oleh misteri, kenangan, harapan, kesedihan, kegembiraan, sejarah dan apa sahaja. Biar ia terus kosong, tertanam dalam kepadatan rutin - rutin tuntutan kehidupan melalui dosa - dosa lampau atau upah dari kebodohan sendiri.

Ia memang diciptakan begitu, yang sampai sudah kita tak mungkin bertemu jawapan. Bukan harapan, tapi inilah persoalan.

Tak kental.










lakaran kata-kata indah daripada ZAHIRIL ADZIM....
ako terkedu terkaku terpaku sambil memerhati bintang-bintang di langit...!!~

Tuesday, May 15, 2012

AKU ADALAH AKU


Aku adalah aku...
Jangan kau nak menilai aku kerana kau tak kenal siapa aku.
Jangan kau nak salahkan aku kerana kau tak tahu apa yang berlaku.
Jangan kau nak menghukum aku kerana kau tak pasti apa yang kau tahu.
Kau cuma melihat luaran bukan dalaman.
Benar lah kata pepatah “don’t judge a book by its cover’.

Aku adalah aku...
Aku tak meniru sesiapa. Aku tak copycat sesiapa pun.
Walaupun orang selalu mengusik aku kembar Yuna, kakak Najwa Latip, twin Hanna Tajima.
(kembang semangkuk kejap)
Aku tak pernah mengiyakan. Kerana aku sedar siapa diri aku.
Aku tak sehebat mereka. Dan aku bukan sesiapa yang ada kena mengena dengan mereka.
Aku adalah aku...

Tapi kisah yang terjadi sekarang bukan sebab mereka.
Tapi sebab diri kau yang tak mengenali apatah lagi mengerti siapa aku.
Gelak tawa ku, gurau senda ku, tutur bahasa ku, lenggok tubuh ku, itu semua adalah diriku.
Kegilaan ku perilaku ku kehidupan ku semua nya adalah diri ku.
Makan minum ku, gerak geriku, pakai-pakaian aku, itu semua adalah diriku.
Hanya Allah, keluarga, incik pokcik dan teman-teman rapat ku sahaja yang mengenali dan mengerti siapa aku, dan bagaimana aku.
Jadi tolong...jangan anggap hanya kerana kau seorang lelaki, kau mampu tuk menilai aku seorang perempuan hanya dari luaran.
Aku adalah aku...




*gila-gila aku pun aku tak pernah nak ganggu hidup kau*

Monday, May 14, 2012

Perihal .::C.I.N.T.A::.


CINTA pertama ialah pengalaman. CINTA kedua merupakan pengajaran. CINTA yang seterusnya ialah satu keperluan kerana hidup tanpa CINTA bagaikan minuman tanpa gula, sambal tanpa belacan, kari tanpa santan, lauk pauk tanpa garam, motor tanpa minyak, kereta tanpa enjin, Manchester United tanpa Wayne Ronney,  David Beckham tanpa Victoria, (ape la aku duk melalut nih?masuk bola la plak dah...huhuhuh..) dan SAYA TANPA AWAK...  ^__^   So bajailah CINTA yang di anugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan segar sepanjang musim.

LOVE can make you happy even its hurts. LOVE is a beautiful portrait in your heart, so keep it and take care of it even you had been hurt by LOVE. LOVE can be so special if you give it to someone who really-really-really cares and appreciate bout LOVE.



Setiap manusia tahu untuk menghayati CINTA walaupun seketika cuma, namun tidak bijak menilai CINTA yang sebenar. CINTA bukanlah objek yang boleh dilihat dengan mata kasar, sebaliknya CINTA hanya dapat dinilai melalui mata hati yang halus dalam menghargai apa itu erti CINTA.

CINTAilah orang yang kau sayang tuh sekadar belaka sudah, mana nak tahu kalo 1 hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kau benci giler gaban sampai tahap kuasa super saiya & bencilah orang yang kau memang tengah meluat benci giler gaban tahap super saiya tuh sekadar belaka, tup tap tup tap tengok-tengok tuh la orang yang akan kau jatuh CINTA 1 hari nanti.
– HAMKA (ubah2 sikit quot dia) –





~ depan lappy harta aku ~

Saturday, May 12, 2012

SELAMAT HARI IBU... ^___^




sy sayang mak sy...walau pn mak sy slu marah kn sy sbb sy nih degil...walau pn mak sy slu bleter kt sy sbb sy nih nakal & keras kepala...walaupn ktorg kerap gado sbb blawanan pendapat...sy tetap sayang kn mak sy dunia akhirat cz mak sy lah KAWAN sy yg plg rapat...sakit susah sy selama nih hnya mak sy yg paham....

MAK ANGAH SAYANG MAK...SELAMAT HARI IBU...I MISS U SO MUCH...MWAAHHHHH.....



terima kasih mak krana lahirkn angah ke dunia nih...
terima kasih kerana mdidik angah hingga angah jd bjaya skang...
terima kasih mak kerana sanggup brenti keja smata2 nk mjaga angah time angah sakit tenat dlu...
hampir stahun angah perlu d pantau kesihatan...
dan mak lah yg bnyk bsabar dgn karenah angah time angah sakit dlu...
ubat2 angah dh tgk cam ceklat...jarum2 angah dh tgk cm straw....
tp nasik lauk smua angah dah tgk cm tisu...tak lalu...huhuhu...
terima kasih cz mak bg angah semangat tuk lawan sakit angah time tuh...
terima kasih kerana sentiasa memahami keadaan angah....
terima kasih cz mjadi pdengar setia celoteh angah...
terima kasih kerana sudi mlihat angah menangis d saat angah pernah kecewa kerana cinta 1 masa dlu...
terima kasih mak...terima kasih tak thingga angah ucapkan...

angah rindu sgt kat mak walaupn skejap jer angah sempat jmpa mak smlm...
terima kasih ssgt2...angah tak mampu nk bg adiah mewah tuk mak cam anak2 yg lain...
angah just mampu adiah kan sebuah doa smoga mak sentiasa dlm keadaan sehat walafiat...
jg makan minom dan jg kesihatan mak...angah jauh tak dpt tgk mak...
tgu angah balek ujg bln nih erk....ai lanjer yu mkn ur fav food chicken chop kt tempat besa k...
kte celebrating ur anniversary too...
SAYANG MAK SESANGAT2...tak lupa gak....SY SAYANG ABAH SY SSANGAT2 JUGA.... =')

*thanks sbb adiahkan angah ceklat cadbury tuh.... ^__^ (eppy sbb mak sy masih ingat fav ceklat sy)




Lemao Di Hari Sabtu


Tup tap tup tap tup tap...kibod aku bebunyi laju...
Tapi haram satu apa pn aku tak tao nak tulis...
Hujan tetiba lebat plak kat luar tuh....
Niat kat hati nak kuar karang g Tesco...
Karang la sangat kan...dari pagi tadi kot duk niat nak kuar...
Tapi tak kuar-kuar pun lagi...hohohoho
Perot dah bebunyi menandakan aku dah kelaparan...
Niat di hati nak masak...tapi tak masak-masak gak dari tadi...
Ok fine...lantak ko la ASZ oii...kemalasan melampau di hujung minggu...
Camnih la ko jadi...
Tambah-tambah lak pokcik keje arinih kan...so lemao sokmo la aku arinih...
Takde orang aku nak kaco...memember lain semua lepakchill wif diorang punya family kat umah...
Almaklom la memember aku semuanya tinggal ngan family masing-masing...
Aku nih anak perantauan...huhuhuhu...
Suddently missising my mum n dad...hohohoh...
Huhh..!!
Carik-carik hengpong...search “Mama” numbers...
Nak call hengpong celcom ke maxis??celcom ke maxis??celcom ke maxis??
Dei...call jer la...banyak songeh la plak ko nih....
Kang aku cepok kang....hohohooho....
“Assalamualaikum mak.....mwahhh....”






Bye yu olsszz..... ~END~




Lokasi : di ruang tamu mengadap LAPPY sambil di skodeng oleh TV yang tertutup akibat bunyi soundtrack yang menarik di luar iaitu Hujan vs Guruh feat Kilat

Friday, May 11, 2012

Segmen Review Newbie By SI CADBURRY


Assalamualaikum....Selamat Pagi Dear...   ^__^






Nama : Nur Hasmidar Binti Abdul Hamid

Warna Kesukaan : OREN, MERAH, PUTIH, HITAM











Thursday, May 10, 2012

...G.I.L.A...

Aku gila bila aku sedih
Aku gila bila aku sakit
Aku gila bila aku gelisah
Aku gila bila aku kecewa
Aku gila bila aku terluka
Aku gila bila aku marah

Aku gila bila aku bahagia
Aku gila bila aku gembira
Aku gila bila aku suka
Aku gila bila aku ceria
Aku gila bila aku sudah jatuh cinta
Aku gila bila aku sayangkan dia

Aku gila bila aku ingin sembunyikan sengsara
Aku gila bila aku tak ingin susahkan sesiapa
Aku gila bila aku takmo derita
Aku gila bila aku inginkannya

Aku gila bukan kerana aku tak waras
Aku gila kerana aku punya suka
Aku gila janji aku tak mengganggu sesiapa
Aku gila kerana sifatku yang gila-gila menyenangkan hatinya





~...buat diri ku yang sudah mula menggila...~
Depan Lappy Harta Seorang Manusia

Wednesday, May 9, 2012

Kes Dera


Assalamualaikum...
Kita baru dapat 1 info...sumber drp PDRM berkenaan status kes video yang kita post tadi iaitu Apa Dosa Budak Nih..?Penderaan Kejam Ke Atas Seorang Kanak-kanak...
Berikut adalah serba sedikit penerangan daripada PDRM berkenaan kes video tersebut...




STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

www.youtube.com
Sila Lawat : http://www.facebook.com/azam916 Lagi Kes Dera Bayi...!! Nangis Saya Tengok Kesian Bayi Tu...Ibu Nya Da Giler...!!










~...mendoakan baby tersebut dalam keadaan selamat dan sihat walafiat...~

Apa Dosa Budak Nih..?Penderaan Kejam Ke Atas Seorang Kanak-kanak

"Ya Allah...Kau selamatkan lah budak kecik nih Ya Allah...sesungguhnya binatang lebih menyayangi anaknya daripada manusia....Ya Allah...Kau terangkan hati hamba Mu ini agar tidak menjadi seperti manusia ini yang sanggup mendera dan menyiksa baby yang masih tidak mengenali erti dunia ini..."


Assalamualaikum...terkejut kita tadi bila melihat seorang teman di ofis menayangkan video tersebut...terus menitik air mata nih...kerana terasa sayu dan sedih melihat penderitaan baby nih...terus terang C!K 0R3N bencikan kekejaman dan bencikan penderaan terutama kepada kanak-kanak yang masih belum kenal erti kehidupan...
Kita tak sanggup nak tengok habis video nih cz kita terasa nak termuntah bile terdengar bunyi-bunyi pukulan dari perempuan tersebut...memang kejam dan zalim la pompuan nih...dia benar-benar tak waras...dan maha kejam dan maha zalim C!K 0R3N nak tujukan pada si tukar rekod video tersebut...kerana hanya menghalang perempuan tuh dengan kata-kata jer...

Di sini kita link kan video tersebut tuk perhatian teman-teman C!K 0R3N di sini agar korang dapat merasai penderitaan baby nih...kita doakan semoga baby nih selamat dan sehat selalu... 



Tuesday, May 8, 2012



http://trainerfariz.blogspot.com/2012/05/pencarian-bloglist-empayar-fariz-reza.html



Assalamualaikum...apekah ini???hohohoho....honestly kita nih masih baru dalam dunia meBLOGging nih...dan kita tak bape pandai sangat tentang benda-benda camnih...huhuhuuhh....so just try and error la nih...cz actually tujuan C!K 0R3N merapu merepek kat blog nih adalah tuk tatapan member-member C!K 0R3N...sebab kita nih permalu orang nya...segan dan takot kalo-kalo teman-teman di luar sana tak bape gemor ngan ape yang C!K 0R3N duk merapu merepek nih...hohohoho...but di atas saranan  member- member tersayang...kita pun try la join segment-segment yang dipromote nih...mana lak tau kan...sekecil-kecil dunia...sebesar alam kita mampu dapat teman-teman...berkasih biarlah satu...berkawan biarlah beribu...  ^__^

Apa-apa pun,1st of all C!K 0R3N nak ucap kan berbanyak-banyak terima kasih to my new follower Kancil 8349 yang sudi mempromote kepada kita supaya follow blog dia tuk join mana-mana segment tuk dapat kan ramai lagi followers...tapi kan for me tak best la panggil follower...C!K 0R3N nak tukar title dari FOLLOWER kepada TEMAN-TEMAN la...  =)  

Errmm...tak sangka lak kita yang memang banyak tul segment-segment yang geng-geng blogger nih buat...truja kejap...terasa cam semua segment la kita nak join...hehehehe...(jangan nak tamak pelisszz...huhuhu...) dan yang nih adalah percubaan pertama C!K 0R3N tuk mempromote blog yang tak semengah nih....hohohohho...diharapkan teman-teman dapat join segment-segment nih...dan follow la C!K 0R3N sama....lagi ramai TEMAN lagi ramai kawan kita t....!!~




~*garu-garu dahi sambil ngunyah cokodok*~

Sunday, May 6, 2012

BERJAYA ^__^




Saya telah BERJAYA melihat reaksi dia Marah
Saya telah BERJAYA melihat reaksi dia Cemburu
Saya telah BERJAYA melihat reaksi dia Merajuk


CUTE sesangat bila terdengar atau tengok POK CIK tuh jadi camtuh…hahahahahha…..
( syok sendiri kejap =,=' )


*…Tapi untuk buatkan dia MENANGIS tak pernah sesekali terlintas difikiran nih…sebab…*


~...SAYA SAYANGKAN KAMO KETAT-KETAT…~

Saturday, May 5, 2012

Aku Dalam Mood Lemao

Mulut menganga...nafas menghembus keras....mata berair menandakan aku sudah mengantok tahap gaban...bukan niat tuk mengantuk sebegini rupa...
Tapi...kepenatan memecut di atas highway utara selatan dari KL ke IPOH selama 2jam telah membuatkan aku mengantuk...ditambah pulak pagi nih aku bangun dari tido seperti biasa seperti waktu bekerja...
Atooiii...aku sudah lemao...mau tido....huhuhuh...
Kelihatan pakcik-pakcik...uncle-uncle semua enak tido dibuai mimpi walaupun kesakitan yang dirasai tidak siapa yang tahu...even anak-anak cucu cicit isteri-isteri masing-masing pun tak mampu tuk memahami kesakitan yang mereka rasai...
Pakcik Idris ayah kepada teman karibku Nur Izan...kelihatan sungguh lesu tidak bermaya akibat serangan darah tinggi...walaupun aku tak merasai kesakitan yang dirasai beliou...tapi jelas terpancar kesusahan untutk beliou menanggung kesakitan...semoga ayah awak cepat sembuh wahai teman...
Mata ku makin lama makin mengecut...seolah-olah mengecut akibat kemengantukkan yang dialami oleh jiwa ragaku....sekian, selamat mengecut mata di tepi katil pesakit...!!~




~wad 7B, Hosp. Raja Permaisuri Bainun, wif my friends Ree Reen-Kak Cidot-Epoi~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 3, 2012

Ffuuuuhhhhh....!!~

Satu bunyi yg terkeluar dari saluran pernafasan ku...dinamakan bunyi tersebut 'mengeluh'....terdengar satu keluhan yang amat berat sekali yang terzahir dari saluran pernafasan ku....
*aku tau mengeluh adalah salah 1 sifat yang Allah xsuka hamba2nya buat...
Aku dah penat, aku dah lemas dengan sikap dia yang cukup merimaskan...aku cukup sesak nafas bile bersemuka atau bercakap dengan manusia yang suka mementingkan diri sendiri...ditambah plak sikap riak dan perasan bagus tuh bertambah-tambah teserlah disebalik sikap kepoyoan beliou...
Bukan nak mendabik dada dengan mengatakan bahawa aku bukan jenis macam manusia tersebut...tp Alhamdulillah selama aku hidup di muka bumi ciptaan yang terindah Tuhan Yang Maha Esa ini, aku tak pernah lagi bersikap tuk mementingkan diri aku sendiri...
Aarrggghhh...cakap banyak pun tak guna...ati memang dah panas...di tambah plak kepanasan dengan lektrik takde...menempek la kejap aku dalam kereta menterjemah tafsiran keluhan yang terkeluar dari saluran pernafasan ku....
Sabot perot sokmo aku...ggrrrrr.....!!~
Wahai teman...tolong jangan buat aku marah....kerana kesabaran serta amarah aku ade batasnya...aku takut setiap ape yang terzahir atau terluah dari mulut ku yang molek nih akan menyakitkan hati kamu...so tolong la....jangan buat aku marah...kerana aku tak suka tuk memarahi orang ditambah plak kau pun sudah dewasa dan meningkat usia dan bakal menjadi seorang isteri tak lama lagi...so peliszzz peliszzzz pelisszzzzz don't make me angry with you...



Alhamdulillah luahan hati aku selalu jer didengar oleh insan yang sudi mendengar dan sudi meminjamkan telinga dia untuk mendengar luahan hati aku yang suka sangat bercerita atau mengomel selain dari Allah Maha Pendengar...  =)
Honestly...aku sangat menyayangi beliou...sudah lama aku tak merasai perasaan seperti nih...aku mendoakan semoga jodoh antara kami berdua akan terikat dengan ikatan yang sah satu hari nanti....Insyaallah...buat Incik Kanda...thanks for being there for me when i really-really need someone...SAYANG KAMU KETAT-KETAT....  ^__^



~dalam Incik Oren ku~
03/05/2012 0006a.m

Published with Blogger-droid v2.0.4