Saturday, May 19, 2012

AMARAH SEORANG SAHABAT

aku telah berjaya membuatkan sahabat ku menunjukkan amarah beliou yang tersimpan selama nih pada aku...  =')   terima kasih sahabat...selama nih aku sedar bahawa kau banyak menyimpan perasaan amarah mu terhadap aku...tapi kau tak pernah luahkan...akhirnya malam nih...aku berjaya juga mencari titik kemarahan mu itu...maka terluah juga amarah mu...tak sangka sungguh  banyak yang kau telah simpan dan pendamkan dari ku...

tak terlintas di hati ku tuk menyakitkan hati mu sahabat....maaf ku pohon andai kata selama nih gurauan ku...kata-kata ku...layanan ku...tindakan ku telah banyak menyinggung hati dan perasaan mu...tak terniat tuk melakukan kau begitu...maaf...akan aku kawal cara dan tingkah laku ku agar kau tak terasa lagi dengan tindakkan ku yang diluar batasan...

terlalu banyak yang kau simpan...terlalu banyak yang kau telah pendamkan terhadap diri ku...aku tak terniat untuk buatkan kau terasa malah berkecil hati dengan ku...tak sangka akhirnya kau meluahkan juga apa yang selama ini kau pendam dan kau simpan...maaf kan aku kerana aku hanyalah seorang manusia yang tak sempurna...dan bukan sahabat yang terbaik untuk mu...maaf kan aku....

Insyaallah...aku akan cuba berubah untuk tidak lagi menyakiti hati mu dengan kata-kata dan tingkahlaku ku...malah hati sahabat-sahabat yang lain juga...
"berdiam adalah lebih baik daripada bersuara..."

terima kasih sahabat kerana sudi menjadi sahabat ku....dan aku harapkan bahawa kau akan menjadi sahabat  ku dunia akhirat...

aku merindukan persahabatan kita yang dulu
aku mengasihi sahabat ku yang ceria itu
maaf kan aku andai kau telah terluka oleh ku
walau pun aku hanya mampu tersenyum
tersenyum disaat aku terluka dengan kata-kata mu
tersenyum disaat aku terkilan dengan tindakan mu
tersenyum disaat aku terasa dengan gurau senda mu
tersenyum disaat aku sedih dengan apa yang berlaku pada ku
namun...
aku tak mampu memarahi orang yang aku sayang
yang aku mampu hanyalah SENYUM...  ^__^
walaupun hati ku terguris...
walaupun aku menangis...
walaupun aku terasa...
walaupun aku terluka...
aku tetap akan senyum dan merelakan ape pun yang berlaku
kerana aku sayangkan kamu
dan menganggap ianya adalah satu gurauan yang baru dari mu
aku akan tersenyum asalkan sahabat-sahabat ku bahagia dengan ape yang mereka lakukan pada ku...

kejam kah aku?



No comments:

Post a Comment