Showing posts with label InsanDisekelilingKu. Show all posts
Showing posts with label InsanDisekelilingKu. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

Mentadak Mentadu...Macam Mana Aku Tidur?



"Mentadak Mentadu...Macam Mana ****** Tidur..?"
Hahahahhahahaa....korang mesti penah buat camnih kan bila tetiba menatang nih masuk dalam rumah korang...yang jadi mangsa nya orang disekeliling korang...tul tak?hehehehe....
Assalamualaikum....and selamat berhujung minggu...sebenarnya mentadak nih dah sesat masuk dalam rumah aku semalam...kebetulan pokcik yang terperasan menatang nih dari depan pintu masa datang singgah rumah aku kejap sebab nak pinjam kamera nak pergi cuti-cuti Malaysia bersama keluarga kat Penang katanya...amboii sakan bak ang....jangan lupa bawa lek kat ceq naa jeruk...lapaq jeruk la plak...hehehehe....
p/s : jangan nak usha combi combi kat penang tuh lama-lama sangat...ceq lestik dahi nana kang baru tao...usha sikit-sikit sudah...
Pokcik tegur aku "awak dengan cik Li a.ka. LIPAS takut kan..?"
"Huhh....saya bukan takut la...tapi geli jer...tambah-tambah plak busuk kott...weerrkkk..."
"Belalang takut tak?eh geli tak..?"
"Belalang??tak takut la...kenapa?"
Terus pokcik menunjuk ke atas langsir slinding door...
Aku tergelak-gelak sakan...lalu menyanyi.....
"Mentadak Mentaduk...Macam Mana ****** Tidoq..?"
(versi aku loghat aku anak tekak aku)
Terus beliou berubah wajah dengan dahi berkerut tengok aku gelak sakan sambil menyanyi sebut nama dia...hahahahahahaaha...
"Tuh mentadak la cik abang oii..."
"Yer...mentadak...saya tau la...tersilap sebut jer tadiiiiiiii........"
Hahahahahha...cover baik punya...kelakar gila tengok muka dia yang blur-blur... (ღ˘⌣˘ღ)
Kesian dia...hehehehe...dah la pokcik tuh penat ke hulu ke hilir siapkan projek kerja dia....pastuh kena gelak plak ngan aku...kesian kesian kesian...hahahahahhahahahahha... (gelak jahat...)

Actually aku dah pindah masuk rumah baru...sebuah apartment di tingkat atas juga la...tapi yang aku heran la...macam mana serangga-serangga seperti cik Li dan tuan Mentadak nih leh masuk rumah aku...depa nih pandai panjat lift ke?hohohooh...
Akhirnya mentadak tersebut telah berjaya kuar dengan sendirinya melalui slinding door yang dah aku tolong bukakan luas-luas sebentar tadi khas tuk beliou terbang bebas keluar mencari rezeki...tata mentadak...esok-esok datang la singgah lagi...hohohohoh...

Terasa seronok dan tenang sangat di rumah baru...permandangan dari beranda yang indah...hijau mata memandang....angin yang sejuk tenang dan aman...jauh daripada gangguan manusia yang bermasalah...hohohoho...
Alhamdulillah...


Tuesday, February 26, 2013

Aku bukan....

Aku bukan lah yang terbaik untuk mu
dan bukan lah yang terhebat untuk mu
dan bukan lah yang terpintar untuk mu
dan bukan lah yang tercantik untuk mu
dan bukan lah yang terpelajar untuk mu
dan bukan lah yang teralim untuk mu
dan bukan lah yang terayu untuk mu
dan bukan lah yang terbagus untuk mu...

Tapi aku mengharap kan, aku adalah yang teristimewa di hati mu.


#bukan bukan aku nih ヾ( ̄0 ̄ )ノ

Wednesday, January 23, 2013

...KERANA...

Cintai aku kerana cinta ku
Kasihi aku kerana kasih ku
Rindui aku kerana rindu ku
Terima aku kerana diri ku

Aku terima kerana diri mu
Aku rindu kerana rindu mu
Aku kasih kerana kasih mu
Aku cinta kerana cinta mu

Saturday, January 19, 2013

BANGANG


Kau tak terasa ke bahawa diri kau tuh sebenarnya yang bangang bila kau kata orang lain bangang...
Sedangkan kau sendiri tahu bahawasanya orang tuh sememangnya bangang...
Apa ke bangang sangat kau nih?
Kan aku pun dah jadi bangang melayan kau yg sememangnya dah bangang...!!
Bangang....!!~

Oh...EGO nya kamu...!!

Bangang la kamu
Najis la kamu
Bodoh la kamu
Sial la kamu
Bengap la kamu

Manusia terkadang terlupa
Menyangkakan diri sehebat sekalian manusia
Sedangkan hati sentiasa dikuasai hasutan setan

Menganggap diri adalah benar
Kesalahan sentiasa diletak pada orang sekeliling
Tanpa menilai situasi atau keadaan sebenar

Huh..!!
Kamu la bangang
Kamu la najis
Kamu la bodoh
Kamu la sial
Kamu la bengap
Oh...EGO nya kamu...!!



#ilham hadir disaat aku kehilangan di dalam perbincangan teman-teman pejabat....hahahaha...itu sahaja yang mampu aku bersuara#

Friday, January 4, 2013

Aku Menyampah


Hoii manusia
Kekadang aku tak paham dengan perangai kau
Yang dah entah apa-apa
Hipokrit nak gila
Menggedik ntah kenapa
Meronyan pelbagai rupa
Poyo tak ingat dunia
Nak emosi dengan tetiba
Eh..aku menyampah la

Takkan kau nak datang bulan sepanjang masa?
Kalau pun kau lelaki,
Kau nak datang bulan celah mana?
Hormon kau dah tak seimbang ke?
Kalau kau perempuan aku boleh terima
Tapi kalau kau lelaki,
Aku dah tak tahu nak cakap apa
Atau aku yang terperasan terasa?

Huhh...
Hati-hati jangan terlalu pamer aksi mu itu
Kerana aku akan bertambah menyampah
Dah macam sampah
Ppuuuiiiii...
Bukan meludah
Tapi nak termuntah

Dulu lagak kau seperti sahabat
Sekarang kau berlagak seperti kita musuh ketat
Dulu kau nak tunjuk baik tak ingat
Sekarang kau makin buat aku naik meluat
Dengan sikap kau yang lagak bagus tak bertempat

Tolong la wahai manusia
Jangan lagak hipokrit sentiasa
Depan family dan pasangan kau pura-pura good-good sahaja
Tapi sebenarnya belakang kau dah cam jebon jer rupa




**kata-kata menyampah yang ku tujukan untuk diriku, kau, kau dan kau sekalian**
inspirasi daripada kehidupan