Tuesday, August 27, 2013

Poduct Review : Product Brahim's - Nasi Beriyani Ayam

Assalamualaikum w.b.t....perghh dah lama gila aku rasa aku tak mengupdate blog aku nih...hohohoho...almaklumlah blog aku nih bukan lah blog yang popular sangat pun...hohohoho..bila aku rasa aku nak update aku update...tapi posting yang aku nak pos pada kali nih adalah berbeza...kali nih aku nak buat satu update produk review...aku nih bukan lah tao sangat tatacara nak mengupdate produk nih...tapi aku nak gak berkongsi dengan korang semua tentang produk yang aku makan telan abis nih...hahahahah..memang sedap...rugi kalo tak cuba...

Produk yang aku maksudkan adalah produk makanan keluaran Dewina Food Industries Sdn. Bhd. iaitu produk makanan Brahim’s – Nasi Beriyani Ayam...(korang leh pokcik google tengok info tentang produk nih) FYI aku harinih tak kerja disebabkan demam + batuk + selsema = MC...perut dah berbunyi...menandakan kelaparan...nak masak, tersangat-sangat lah aku tak larat nak berdiri lama kerana pening (tapi time menaip nih tak pening sangat plak dah yer...hahahah) so aku pun masuklah dapur mencari-cari apakah menu yang mengenyangkan perut serta anak tekak aku nih....baru aku teringat yang aku ada beli produk Brahim’s nih 2-3hari lepas...sesaja nak cuba try test tengok....actually aku ada beli 2 jenis produk Brahim’s nih ; Nasi Beriyani Ayam dan Nasi Goreng Kampung...

Khas buat sesiapa yang kekadang tuh balik kerja tak sempat nak masak menu-menu yang best-best atau yang tengah cuba-cuba atau berjinak-jinak untuk memasak atau yang pemalas dan rajin tak larat cam aku nih (hahahhahha) boleh lah mencuba benda alah nih...sangat mudah senang dan cepat...apa yang perlu korang buat...sila rujuk pada belakang kotak...hihihihi...

Untuk pertama kali aku mencuba produk-produk jenis segera camnih (melainkan sardin dalam tin dan mee segera) dan untuk pertama kali juga aku mencuba produk jenama Brahim's nih iaitu Nasi Beriyani Ayam...ramuan utama yang dia sebutkan adalah beras Basmathi, ayam tanpa tulang dan rempah ratus adalah benar sama sekali...masa aku nak makan tadi...aku duk perati gak betul ke tak beras dia guna tuh beras Basmathi, ye la taknak la kang indah khabar dari rupa kan? Yes memang betul beras yang dia gunakan adalah beras Basmathi “sangat panjang ini beras” hohohoho...ketulan ketulan ayam yang disediakan pun memang tiada tulang serta lembut gituu dan rempah ratus beriyani dia memang sangat terasa pada anak tekak aku nih...

mohon abaikan nugget 2 ketul yang berada di atas tuh kerana nugget tersebut tidak didatangkan sekali di dalam peket Nasi Beriyani Ayam...hohohoho...


Cara memasak ia memang senang, korang cuma perlu panaskan ia dalam ketuhar gelombang mikro bagi sesiapa yang ada la...atau bagi aku yang takda benda alah tuh just panaskan ia dalam air yang mendidih...cukup senang...produk nih didatangkan dalam satu peket khas yang memboleh korang panas kan peket tersebut didalam air yang mendidih tanpa risau...di atas kotak tuh ada tulis panas dalam air mendidih selama 8-10minit...tapi aku lajak sikit ke 15minit sebab aku nak nasi aku betul-betul panas...memang sedap...dengan nasi dia yang berempah ayam yang empuk...memang aku yang tak sehat nih pun dah makin sehat sampai mampu menulis panjang berjela-jela tuk produk review aku nih..hahahhaha....

So apa lagi...cuba la try test and error tengok...memang setiap orang berbeza anak tekak...mungkin ada yang kata “alah...tak sedap mana pun..” tapi bagi aku Alhamdulillah anak tekak aku memang boleh terima menu Brahim’s Nasi Beriyani Ayam nih...next time nak cari lagi la produk Brahim's nih...


**actually kat kotak tuh kata 1 kotak tuh boleh makan tuk 2 orang tapi aku tadi makan sesorang jer habis licin disebabkan perut aku kekosongan dari malam tadi sebab aku tak lalu makan semalaman...asyik makan muntah jer...hohhoohoh...next time nak try lagi 1 menu plak “Nasi Goreng Kampung”

No comments:

Post a Comment