Saturday, May 19, 2012

TERIMA KASIH SYG....


dia hadir disaat ako telah lemah...
dia mendengar disaat ako mengadu...
dia memujuk disaat ako menangis...
dia berbicara disaat ako tersedu...
dia adalah ilham ku...hadir disaat ako benar-benar memerlu...
setia menunggu setiap tutur bicara ku...
mengusap air mata yang mengalir dimata ku...
meminjamkan bahu disaat ako perlu...
kau memberikan ako semangat yang baru...
disaat ako memerlukan seorang teman...kau setia berada di situ...
terima kasih syg...kau selalu ada disaat ako benar-benar memerlukan mu...




AMARAH SEORANG SAHABAT

aku telah berjaya membuatkan sahabat ku menunjukkan amarah beliou yang tersimpan selama nih pada aku...  =')   terima kasih sahabat...selama nih aku sedar bahawa kau banyak menyimpan perasaan amarah mu terhadap aku...tapi kau tak pernah luahkan...akhirnya malam nih...aku berjaya juga mencari titik kemarahan mu itu...maka terluah juga amarah mu...tak sangka sungguh  banyak yang kau telah simpan dan pendamkan dari ku...

tak terlintas di hati ku tuk menyakitkan hati mu sahabat....maaf ku pohon andai kata selama nih gurauan ku...kata-kata ku...layanan ku...tindakan ku telah banyak menyinggung hati dan perasaan mu...tak terniat tuk melakukan kau begitu...maaf...akan aku kawal cara dan tingkah laku ku agar kau tak terasa lagi dengan tindakkan ku yang diluar batasan...

terlalu banyak yang kau simpan...terlalu banyak yang kau telah pendamkan terhadap diri ku...aku tak terniat untuk buatkan kau terasa malah berkecil hati dengan ku...tak sangka akhirnya kau meluahkan juga apa yang selama ini kau pendam dan kau simpan...maaf kan aku kerana aku hanyalah seorang manusia yang tak sempurna...dan bukan sahabat yang terbaik untuk mu...maaf kan aku....

Insyaallah...aku akan cuba berubah untuk tidak lagi menyakiti hati mu dengan kata-kata dan tingkahlaku ku...malah hati sahabat-sahabat yang lain juga...
"berdiam adalah lebih baik daripada bersuara..."

terima kasih sahabat kerana sudi menjadi sahabat ku....dan aku harapkan bahawa kau akan menjadi sahabat  ku dunia akhirat...

aku merindukan persahabatan kita yang dulu
aku mengasihi sahabat ku yang ceria itu
maaf kan aku andai kau telah terluka oleh ku
walau pun aku hanya mampu tersenyum
tersenyum disaat aku terluka dengan kata-kata mu
tersenyum disaat aku terkilan dengan tindakan mu
tersenyum disaat aku terasa dengan gurau senda mu
tersenyum disaat aku sedih dengan apa yang berlaku pada ku
namun...
aku tak mampu memarahi orang yang aku sayang
yang aku mampu hanyalah SENYUM...  ^__^
walaupun hati ku terguris...
walaupun aku menangis...
walaupun aku terasa...
walaupun aku terluka...
aku tetap akan senyum dan merelakan ape pun yang berlaku
kerana aku sayangkan kamu
dan menganggap ianya adalah satu gurauan yang baru dari mu
aku akan tersenyum asalkan sahabat-sahabat ku bahagia dengan ape yang mereka lakukan pada ku...

kejam kah aku?



Thursday, May 17, 2012

bukan harapan, ia persoalan


Kadangkala, ada ruang - ruang kosong dalam hidup yang tak perlu kita selongkar. Biar ia tertutup rapat. Biar ia mampat dengan angin bergelimpangan di dalamnya. Tak tembus walau cuba dibocorkan oleh misteri, kenangan, harapan, kesedihan, kegembiraan, sejarah dan apa sahaja. Biar ia terus kosong, tertanam dalam kepadatan rutin - rutin tuntutan kehidupan melalui dosa - dosa lampau atau upah dari kebodohan sendiri.

Ia memang diciptakan begitu, yang sampai sudah kita tak mungkin bertemu jawapan. Bukan harapan, tapi inilah persoalan.

Tak kental.










lakaran kata-kata indah daripada ZAHIRIL ADZIM....
ako terkedu terkaku terpaku sambil memerhati bintang-bintang di langit...!!~

Tuesday, May 15, 2012

AKU ADALAH AKU


Aku adalah aku...
Jangan kau nak menilai aku kerana kau tak kenal siapa aku.
Jangan kau nak salahkan aku kerana kau tak tahu apa yang berlaku.
Jangan kau nak menghukum aku kerana kau tak pasti apa yang kau tahu.
Kau cuma melihat luaran bukan dalaman.
Benar lah kata pepatah “don’t judge a book by its cover’.

Aku adalah aku...
Aku tak meniru sesiapa. Aku tak copycat sesiapa pun.
Walaupun orang selalu mengusik aku kembar Yuna, kakak Najwa Latip, twin Hanna Tajima.
(kembang semangkuk kejap)
Aku tak pernah mengiyakan. Kerana aku sedar siapa diri aku.
Aku tak sehebat mereka. Dan aku bukan sesiapa yang ada kena mengena dengan mereka.
Aku adalah aku...

Tapi kisah yang terjadi sekarang bukan sebab mereka.
Tapi sebab diri kau yang tak mengenali apatah lagi mengerti siapa aku.
Gelak tawa ku, gurau senda ku, tutur bahasa ku, lenggok tubuh ku, itu semua adalah diriku.
Kegilaan ku perilaku ku kehidupan ku semua nya adalah diri ku.
Makan minum ku, gerak geriku, pakai-pakaian aku, itu semua adalah diriku.
Hanya Allah, keluarga, incik pokcik dan teman-teman rapat ku sahaja yang mengenali dan mengerti siapa aku, dan bagaimana aku.
Jadi tolong...jangan anggap hanya kerana kau seorang lelaki, kau mampu tuk menilai aku seorang perempuan hanya dari luaran.
Aku adalah aku...




*gila-gila aku pun aku tak pernah nak ganggu hidup kau*

Monday, May 14, 2012

Perihal .::C.I.N.T.A::.


CINTA pertama ialah pengalaman. CINTA kedua merupakan pengajaran. CINTA yang seterusnya ialah satu keperluan kerana hidup tanpa CINTA bagaikan minuman tanpa gula, sambal tanpa belacan, kari tanpa santan, lauk pauk tanpa garam, motor tanpa minyak, kereta tanpa enjin, Manchester United tanpa Wayne Ronney,  David Beckham tanpa Victoria, (ape la aku duk melalut nih?masuk bola la plak dah...huhuhuh..) dan SAYA TANPA AWAK...  ^__^   So bajailah CINTA yang di anugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan segar sepanjang musim.

LOVE can make you happy even its hurts. LOVE is a beautiful portrait in your heart, so keep it and take care of it even you had been hurt by LOVE. LOVE can be so special if you give it to someone who really-really-really cares and appreciate bout LOVE.



Setiap manusia tahu untuk menghayati CINTA walaupun seketika cuma, namun tidak bijak menilai CINTA yang sebenar. CINTA bukanlah objek yang boleh dilihat dengan mata kasar, sebaliknya CINTA hanya dapat dinilai melalui mata hati yang halus dalam menghargai apa itu erti CINTA.

CINTAilah orang yang kau sayang tuh sekadar belaka sudah, mana nak tahu kalo 1 hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kau benci giler gaban sampai tahap kuasa super saiya & bencilah orang yang kau memang tengah meluat benci giler gaban tahap super saiya tuh sekadar belaka, tup tap tup tap tengok-tengok tuh la orang yang akan kau jatuh CINTA 1 hari nanti.
– HAMKA (ubah2 sikit quot dia) –





~ depan lappy harta aku ~