Wednesday, January 23, 2013

...KERANA...

Cintai aku kerana cinta ku
Kasihi aku kerana kasih ku
Rindui aku kerana rindu ku
Terima aku kerana diri ku

Aku terima kerana diri mu
Aku rindu kerana rindu mu
Aku kasih kerana kasih mu
Aku cinta kerana cinta mu

Saturday, January 19, 2013

BANGANG


Kau tak terasa ke bahawa diri kau tuh sebenarnya yang bangang bila kau kata orang lain bangang...
Sedangkan kau sendiri tahu bahawasanya orang tuh sememangnya bangang...
Apa ke bangang sangat kau nih?
Kan aku pun dah jadi bangang melayan kau yg sememangnya dah bangang...!!
Bangang....!!~

Oh...EGO nya kamu...!!

Bangang la kamu
Najis la kamu
Bodoh la kamu
Sial la kamu
Bengap la kamu

Manusia terkadang terlupa
Menyangkakan diri sehebat sekalian manusia
Sedangkan hati sentiasa dikuasai hasutan setan

Menganggap diri adalah benar
Kesalahan sentiasa diletak pada orang sekeliling
Tanpa menilai situasi atau keadaan sebenar

Huh..!!
Kamu la bangang
Kamu la najis
Kamu la bodoh
Kamu la sial
Kamu la bengap
Oh...EGO nya kamu...!!



#ilham hadir disaat aku kehilangan di dalam perbincangan teman-teman pejabat....hahahaha...itu sahaja yang mampu aku bersuara#

Friday, January 4, 2013

Aku Menyampah


Hoii manusia
Kekadang aku tak paham dengan perangai kau
Yang dah entah apa-apa
Hipokrit nak gila
Menggedik ntah kenapa
Meronyan pelbagai rupa
Poyo tak ingat dunia
Nak emosi dengan tetiba
Eh..aku menyampah la

Takkan kau nak datang bulan sepanjang masa?
Kalau pun kau lelaki,
Kau nak datang bulan celah mana?
Hormon kau dah tak seimbang ke?
Kalau kau perempuan aku boleh terima
Tapi kalau kau lelaki,
Aku dah tak tahu nak cakap apa
Atau aku yang terperasan terasa?

Huhh...
Hati-hati jangan terlalu pamer aksi mu itu
Kerana aku akan bertambah menyampah
Dah macam sampah
Ppuuuiiiii...
Bukan meludah
Tapi nak termuntah

Dulu lagak kau seperti sahabat
Sekarang kau berlagak seperti kita musuh ketat
Dulu kau nak tunjuk baik tak ingat
Sekarang kau makin buat aku naik meluat
Dengan sikap kau yang lagak bagus tak bertempat

Tolong la wahai manusia
Jangan lagak hipokrit sentiasa
Depan family dan pasangan kau pura-pura good-good sahaja
Tapi sebenarnya belakang kau dah cam jebon jer rupa




**kata-kata menyampah yang ku tujukan untuk diriku, kau, kau dan kau sekalian**
inspirasi daripada kehidupan

Tuesday, January 1, 2013

1 MALAYSIA PAKEJ KOMUNIKASI BELIA :- Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia



Waaa....korang mesti terujakan bila baca title nih...hohohohoh....

Untuk makluman korang, permohonan rebat tersebut telah dibuka tau bermula pada hari ini iaitu 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013 (xpired date) secara online di portal Suruhanjaya Komunikasi Malaysia di link http://nbi.skmm.gov.my/.

Apa-apa pun kita tengok dahulu syarat-syarat kelayakan untuk penerimaan rebat tersebut. Nak tengok layak ke tak korang nih...hohoohhoh...

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :-

  1. Korang mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Berumur antara 21 hingga 30 tahun.
  3. Berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah.
  4. Hanya model telefon pintar 3G (smartphone) yang diluluskan sahaja dengan harga maksimum RM500; lebey daripada tuh takleh dapat rebat tao.
  5. Korang adalah pelanggan jalur lebar mudah alih (data plan) sedia ada atau pelanggan baru.
  6. SORANG SATU HANDPHONE jer tao...jangan tamak-tamak nak lebih-lebih plak.


Antara smartphone yang terpilih ialah (RM500 ke bawah) :-


1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Nota kaki dan tangan (kopi pes dari Press Release SKMM) : 
1) Di atas adalah senarai model pada 26 Dis 2012 yang akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web penyedia perkhidmatan
2) Jenama, model dan kuantiti yang ditawarkan mungkin berbeza di kalangan 
penyedia perkhidmatan yang berbeza.

So pepandai korang lah nak pilih smartphone yang mana satu untuk dijadikan idaman kalbu.
Apa-apa pun korang boleh rujuk kepada Kenyataan Media (Press Release) SKKM atau dapatkan info lanjut dengan melayari portal Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Sumber daripada : Suruhanjaya Komunikasi MalaysiaBeritaSemasa, CeritaCikguSekolah dan Ezany-Kun.
Thanks yu ollszz for the info...and mohon tumpangkan dihelaian hamba nih yer...  ^__^
Kalo ada apa-apa info tak lengkap atau tersilap daripada aku mohon korang maklumkan erkk...terima kasih...


**Info Tambahan yang aku amek daripada EncikNakal :-


Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian (online) di http://nbi.skmm.gov.my
Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan.

Golongan belia dinasihatkan memahami bahawa tujuan di sebalik pemberian rebat RM200 oleh kerajaan adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki telefon pintar.
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, belia yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlulah memohon supaya peluang terbuka kepada individu lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang di bawah tawaran Pakej Komunikasi Belia itu.






...frust kejap sebab aku dah tak layak nak terima rebat nih...huhuhuhu....sedih siot...